Hindun binti Utbah

Hindun binti ‘Utbah (هند بنت عتبة) adalah seorang wanita Arab yang hidup pada lewat kurun ke-6 dan awal kurun ke-7 M; dia adalah isterinya Abu Sufyan ibni Harb, seorang lelaki yang berkuasa di Makkah, di Semenanjung Arab barat. Abu Sufyan dan Hindun terdahulunya membangkang Nabi Muhammad s.a.w. Dia adalah ibu kepada Muawiyah I, pengasasnya dinasti Umayyah, dan Ramlah binti Abi Sufyan, salah seorang isteri Nabi Muhammad. Kedudukannya sebagai seorang sahabat Nabi masih dipersoalkan oleh kerana tindakan yang dia ambil terhadap masyarakat Islam sebelum dia memeluk Islam, khususnya suatu peristiwa yang dikatakan kanibalisme sewaktu medan perang.